Aku Dia dan Gitar - Nurfa
April 04, 2010, 12:34:00 AM
Novel sulong Fadxiora

Maklumat Lanjut
Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd
Pengarang: Nurfa
Saiz buku : 5 inci x 7 inci
Jumlah muka surat: 256 muka surat
ISBN no: 978-967-5270-65-9
Penghantaran: Pada pertengahan Bulan Mac 2010
Sinopsis:
Keindahan petikan gitarnya dan suaranya membuatkan aku sebagai Alisa menemui jalan hidupku setelah berpisah dengan teman lelakiku. Dia hanya mahu dikenali dengan nama Mr. Pinky. Seorang lelaki yang berjalan tanpa arah tujuan dengan sebuah gitar ‘kapak’nya menghiburkan orang-orang di sekelilingnya.
Ini sebuah cerita kehidupan. Ini juga sebuah melodi kasih yang bermula dengan keindahan Pelangi. Ini kisah antara Aku, Dia dan Gitar...
Nak komen sila pergi SINI
Cinta Datang Lagi --> akan datang
Author: caluk November 09, 2009, 03:32:00 PMViews: 2 Rating: 0 (0 rates)
Akan datang novel Bikash, Cinta Datang lagi

Lahir apabila duduk merenung RQ. Apa jadi kepada mereka yang pernah dekat dengan Qistina? Mana perginya Fariz Daniel, si playboy yang cuba merebut hati Qistina? Hmm... mana ya? Dan, sebetulnya, apa jadi lepas Qistina cabut daripada gathering SMSB malam tu?
FARIZ senyum tipis melihat Erwann duduk menopang dagu di meja yang diisi empat batang tubuh kini; dia, Erwann, Azan dan Midi. Midi sejak tadi tayang muka sebek. Namun, yang lebih melucukan adalah raut Erwann. Rupa patah hati sungguh bila ditinggalkan Qistina begitu sahaja.
Sejujurnya, dia sangat terpanar melihat langkah panjang Qistina ke dalam dewan sekolah itu. Hilang sudah sifat tomboi gadis itu, menyerlah pula bahagian feminin yang selama ini dikuburkan gadis itu. Dan, yang lebih mengejutkan, gadis itu datang bersama seorang lelaki kacak yang hidup-hidup disangkanya lelaki Inggeris. Rupanya Inggeris celup.
Dia gembira berada di sini, di kalangan teman-teman satu kelas dengannya. Hilang sudah wajah comot atau paras nakal lewat tahun-tahun persekolahan. Bukan sahaja Qistina yang berbeza rupa (tapi dialah yang paling drastik), boleh dikata kesemua mereka sudah punya anjakan. Sofiskated, bergaya, ada karisma. Itulah lontaran yang menerpa matanya.
Malahan, hubungan yang pernah hambar dan berliku kala masih di sekolah dulu, sudah boleh ditolak ke tepi. Kalau tidak, masakan dia boleh duduk semeja dengan Midi dan Azan begini (Erwann tak termasuk sebab bukan budak SMSB pun, tukang tumpang saja). Kalau Midi, mungkin dia boleh percaya lagi. Kerana tidak pernah ada perang antara mereka.
Tegang uratnya dulu hanyalah bila bersua wajah dengan Azan, pengawal peribadi Qistina, yang kadang dirasakan keterlaluan. Sehingga kini, dia masih diasak soalan; Mungkinkah Azan pernah jatuh sayang ke atas Qistina sesudah sekian lama berkawan?
Memanglah mereka baik berempat—Four Musketeers SMSB, namun Midi dan Anim selalu saja berkepit berdua, meninggalkan ruang untuk Azan dan Qistina bersama. Mungkinkah ruang itu pernah mencuri masuk ke dalam hati Azan, menjemput cinta? Atau paling tidak, sayang yang lebih daripada kawan?
Ah… dia takkan boleh punya jawapan melainkan kalau dia ringankan mulut, menyoal Azan sendiri. Dan, dia lebih rela memberatkannya. Dia tahu dia sudah boleh berbual dan duduk semeja dengan Azan, bermesra dalam erti kata kenalan, namun tidaklah sampai soal hal dalam kain. Dia masih sayang pada wajahnya yang masih menyumbang rezeki buatnya.
Jadi, dia biarkan sahaja hal hati Azan, dalam kain baju lelaki itu.
Lagipun, dia masih terlalu suka untuk tempah maut. Suka kerana Qistina sudi bertegur sapa dengannya. Suka kerana Qistina sanggup tolak tepi hal yang pernah berlaku di antara mereka. Walaupun Qistina tidak mesra, tidak tersengih lebar kepadanya waktu menutur kata itu, namun dia sudah boleh panjat rasa syukur.
Qistina mungkin sudah banyak berubah dari segi penampilan namun tidak personaliti. Masih yang sama, tetap yang serupa. Kedinginan itu masih ada. Kekerasan itu tetap ada. Walau apa pun… dia tetap bersyukur atas penerimaan Qistina, yang mungkin belum menyeluruh. Paling tidak dia sudah boleh rasa lega.
Fariz tunakkan mata ke ruang dewan sekolah yang pernah mereka huni dulu. Sekolah Menangah Sultan Badlishah, tempat mereka menghimpun ilmu serta momen indah. Ilmu yang mereka bawa bersama tangga kerjaya serta momen indah yang mereka ungkaikan semula di dewan ini, pada malam ini.
Momen itu, serta ilmu itu—sama-sama menjadi topik perbualan untuk lebih mengeratkan hubungan yang sudah longgar sesudah sekian lama tidak ketemu.
Matanya membelingas ke seluruh ruang dewan itu. Kalau dilihat, dah nampak macam ruang tari-menari. Bergantungan belon berwarna-warni serta hiasan simple yang cukup menarik. Lampu neon pula menghantar cahaya ke ruang dewan. Meja-meja bulat yang mampu memuatkan lima batang tubuh disusun kemas dengan padanan warna merah putih.
Sungguh mengasyikkan, sebagaimana lagu sentimental yang berkumandang. Tinggal tak ada batang tubuh menari sahaja, kerana kebanyakannya sudah penat menari. Sudah lebih dua jam waktu menghilang, namun masih ada tubuh-tubuh di dalam ruang dewan itu. Masih belum puas bercanda dan berkongsi cerita.
Matanya terus melengas, mencari lampai tubuh si hitam manis. Oh, bukan Qistina. Sebab seketika tadi, secara tiba-tiba sahaja Qistina mengajak Anim pulang (masih kelat wajah Midi) lalu meninggalkan Erwann terkontang-kanting di ruang asing ini (masih wajah pungguk rindukan bulan daripada Erwann). Sebaliknya, matanya cuba menangkap kelampaian letak tubuh Shereen. Namun, belum sempat dia lakukannya, suara Midi mengalih tumpuannya.
“Tiba-tiba aku terfikir…” sebut Midi, membetulkan duduk. Tidak memeluk tubuh atau tayang muka kebajikan.
Erwann, dengan muka masih disokong dagu, membawa wajah ke paras Midi yang sudah mula berkerut. Sebagaimana Fariz, suara itu turut mengumpan tumpuannya.
Azan hanya tenang melihat Midi, menanti bicara seterusnya yang diyakini bakal menyusul. Ingin tahu juga apa yang mahu dibicarakan si muka sebek itu. Dan, ianya tersusul jua.
“Bila lagi kita akan jumpa macam ni? Hampir enam tahun tak jumpa, dah macam-macam perubahan antara kita. Agaknya tambah beberapa tahun lagi macam manalah…?” Midi berkerut dahi.
“Kalau nak tahu, rancanglah perjumpaan lagi sekali,” cadang Azan tak ambil pusing.
Fariz angguk setuju. “Yeah! Aku setuju.”
“Let say… 2007. Mac jugak!” sampuk Erwann.
Tiga pasang mata menyerbu Erwann.
“Kau bukan rakan satu kelas atau satu sekolah dengan kami pun!” kata Midi pelik.
“Hmm, kalau 2007 ada perjumpaan, aku tetap datang sini dengan Qistina, sebagai suami dia.” Erwann senyum luas. Penuh yakin. Hilang sudah muka kena tinggal.
Midi hanya jongket bahu seketika lalu luas saja tayang gigi. “Aku dengan Animlah… mungkin anak dua.”
“Aku tentu sahaja dengan Shereen!” Lebar sengih Fariz.
Fariz, Erwann dan Midi sama-sama renung Azan. Menanti ‘dengannya’.
“Myself and my wife!” Azan mengangkat kening. Okey tak jawapan?
Midi tayang gigi. “Jawapan paling selamat! Fariz dan Erwann pulak… kita tunggu Mac 2007. Betul ke Qistina dan Shereen…”
“Of course, yes!” Daripada Erwann. Sangat pasti.
“Tentulah!” Daripada Fariz. Penuh pasti.
Kasih Aryssa Promo
June 02, 2009, 05:36:00 PM
Akhirnya novel sulong Dina dah terbit keluaran CESB
Tajuk : Kasih Aryssa
Oleh : Mardina Mohd Jamil
Harga : RM16.90
"Ditinggal sepi sewaktu kasih mekar bersemi menyebabkan Aryssa tertunduk lesu. Terasa alam berhenti putar. Terasa bulan tiada terangnya. Bintang pun seakan tidak bersinar lagi. kejamnya pujaan hati membiarkan dia terus berharap, seolah-olah cinta iti tiada nilainya. Namun kasih Aryssa semakin menggunung tinggi hingga takkan dapat dicapai oleh insan lain yang bernama lelaki,. Pintu hati ditutup rapat sehingga tiada ruang utk yg lain bermukim.
Namun takdir yang menyelinap masuk, takkan sesekali dapat dilingkari. di saat hati masih melawan rasa kasih yang terdampar sepi jiwa pula mendambakan sinar cinta yang semakin menghampiri. Aryssa pasrah. Kerana bagi Aryssa sekali dia mencintai, selamanya kekal dihati. Walaupun jauh di sudut hati, dia akur dengan ketentuan Ilahi."
Dapatkan kat kedai buku berhampiran
Pewaris Senja Promo
May 28, 2009, 10:37:00 PM
Dapatkan novel best Pewaris Senja oleh Ikmalshah, maklumat lanjut layar blog dia http://ikmalshah-pewarisenja.blogspot.com/
Sinopsis Bahagian 1
Manusia adalah khalifah di muka bumi ini.Tidak hairanlah jika ada makhluk lain yang menumpang di bumi ini akan menganggu dan seterusnya menyesatkan manusia yang dianggap sebagai permainannya..
“Akan kutuntut sepuluh keturunan warismu..itu janjiku dengan nenek moyangmu..!!”
Fuad terpaksa mengharungi hidupnya.Walaupun berdampingan dengan ‘pewaris’ keluarganya sejak turun temurun, Fuad tetap mencuba untuk menghapuskannya.Perkahwinannya dengan Raihana adalah langkah terbaik untuk menjaga Raihana daripada terus diganggu.
“..sehebat mana pun kuasa makhluk di dunia ini..tiada lagi kuasa yang sehebat dari-Nya..”
Fuad mengharapkan segala-galanya berakhir.Dia ingin hidup tenang dan bahagia bersama Raihana.Biarlah kisah terdahulu luput.Dia tetap laluinya.Sesungguhnya cubaan serta dugaan dapat menguji keimanan seseorang…Hanya keimanan menangkis segala kesesatan..mudah-mudahan…Amin.
.
Sinopsis Pewaris Senja Bahagian 2
‘Pewaris’ terus membuat onarnya. Rahsia yang simpan oleh Fuad dan Pak Ngah Ghani terbongkar juga akhirnya. Misteri yang selama ini menghantui kehidupan mereka semakin menggila. Tiada siapa yang dapat membantu. ‘Pewaris’ itu tetap mahukan haknya!
Fuad terpaksa merahsiakan daripada pengetahuan isterinya Raihana. ‘Pewaris’ yang berada dalam keturunan dia dan Pak Ngah Ghani semakin menjadi-jadi. Kini ‘dia’ mula menjelma menuntut perjanjiannya. Anak kembar lelakinya mula menjadi mangsa. Fuad dan Pak Ngah Ghani semakin bingung.Semenjak kedua anak kembar Fuad dibawa balik ke rumah , pelbagai peristiwa aneh telah berlaku. Mustahil seorang bayi kecil yang masih belum berusia sebulan mampu berkata-kata dan melempiaskan amarahnya?‘

Kasih Ini Milik Kita
April 15, 2009, 02:51:15 PM
Yg pasti novel nie bukan milik korang selagi tak beli kat kedai buku he he
Tajuk : Kasih Ini Milik Kita
Oleh : Pu3imaneisya
Harga : RM24.90
Nak baca preview sila ke SINI

Kerana Karipap
May 04, 2009, 10:29:00 PM
Nie bukan buku resepi buat karipap, tapi novel kanak-kanak meningkat remaja
Tajuk Kerana Karipap
Oleh : Ikmal Shah
Terbitan KarnaDya
Harga: RM 10.90
Sinopsis:
Nur Aisha Ain terpaksa mengharungi kepayahan dalam kehidupannya. Kematian ayahnya beberapa tahun yang lalu menyebabkan dia dan ibunya iaitu Mak Hasnah terpaksa membuat kuih bagi menampung pendapatan mereka. Dia juga terpaksa menahan telinga akibat sering dicemuh oleh rakan sekelasnya iaitu Nurasyikin yang datang daripada golongan berada. Nur Aisha Ain mula menghadapi tekanan apabila pihak sekolah menuntut bayaran yuran persekolahannya.
Nur Aisha Ain terpaksa menjual kuih karipap di sekolahnya tetapi tidak disangka karipapnya mendapat sambutan yang menggalakkan. Nurasyikin mula berasa iri hati. Pelbagai cara dilakukannya untuk menghalang Nur Aisha Ain daripada terus menjual kuih karipap.
Adakah mereka berdua akan berbaik semula hanya kerana karipap?
nak tahu belilah buku nie dan baca sambil makan karipap he he
JKT
February 27, 2009, 12:45:00 AMViews: 31
Novel terbaru Ebriza utk tahun 2009, Jangan Kau Tangisi terbitan Buku Prima, sila dapatkan di kedai2 buku berdekatan atau gi pinjam kat perpustakaan he he.
Harga: RM19.90 (Sabah/Sarawak RM22.90)
Preview novel Jangan Kau Tangisi (jgn menangis kalau ade OT kat situ kih2) pergi SINI
Mahakarya Cinta oleh Ebriza
August 28, 2008, 09:08:00 PMComments: 0
Tolong promosi kan novel terbaru Ebriza yg akan muncul di kedai2 yg menjual buku kecuali kedai jual getah buku
Tajuk : Mahakarya Cinta
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga : RM29.90 (Sabah/Sarawak RM32.90) Sebarang perubahan harga tertakluk kepada harga minyak dipasaran he he
Nak baca preview Novel nie sila click gambar novel tu
Selamat Datang
Author: caluk February 15, 2008, 11:58:00 AMViews: 0 Rating: 0 (0 rates)
Selamat datang ke forum caluk yang penuh dengan ceria, nasihat, lawak, merepek, meluat, dan macam macam lah, korang baca lah sendiri.
Perhatian jika anda hendak mencari topik yang serius tanpa "melencong" minta maaf kat sini takde, semua topik akan diselit dengan posting2 yang akan menyumbangkan kepada "sakit perut sebab gelak tak sedar ingat", "tersenyum / ketawa guling2 depan monitor" , "ketagih nak melawat laman nie tiap-tiap hari".
Pihak caluk corner tidak akan bertanggungjawab jika anda terkena symptom2 kat atas ha ha ha
Caluk
Guru Besar yg kecik
|