Caluk Corner
*

Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 59   Go Down
Print
Author Topic: Mahakarya Cinta-Preview  (Read 3100 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885

A Smile Can Bring U Near 2 Me

WWW
« on: August 28, 2008, 08:45:05 PM »

Back to the topic ... untuk memenuhi permintaan owner laman web ni yang dah merayu-rayu beberapa kali agar abby postingkan promo MAHAKARYA CINTA, di sini abby tunaikan permintaan dia dan mereka yang inginkan promo ini. Xclusif di Caluk Corner ... blog abby pun tak ada promo lagi tau ...  Grin

SINOPSIS
Dia sering dihina kerana memiliki rupa paras yang tidak cantik. Dia sering dipersenda kerana memiliki kulit yang hitam. Namun, dia disayangi ramai kerana sikapnya yang mudah bergaul dan penyayang. Dia disenangi kerana prihatin dan mengambil berat perihal orang yang mendampinginya. Dialah Zanzilawati Izzrunnie.

Persahabatannya dengan Zuraizee bermula sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama dan juga berkerja di bawah satu bumbung. Namun persahabatan yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya dilanda badai dan ombak ganas, hanya kerana kehadiran Wizana. Pelbagai helah Wizana lakukan demi untuk memisahkah mereka. Pelbagai kata dilemparkan hanya kerana Wizana mencemburui perhubungan kedua-duanya.

Mampukah Zuraizee mahupun Zanzilawati Izzrunnie mempertahankan hubungan mereka yang terjalin sejak bertahun-tahun dahulu? Tegakah Wizana memisahkan kedua-dua mereka? Berputikkah cinta di antara dua orang sahabat ini walaupun kedua-duanya menegaskan bahawa di antara mereka hanyalah mempunyai satu perhubungan; perhubungan adik-beradik?
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #1 on: August 28, 2008, 08:48:45 PM »

he he terharu dapat first preview --> esok mesti ade yg mintak novel free  he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885

A Smile Can Bring U Near 2 Me

WWW
« Reply #2 on: August 28, 2008, 08:50:04 PM »

MAHAKARYA CINTA - JOM BERCUTI ...

Zanzilawati Izzrunnie yang masih terbongkang melayani mata yang masih berat hendak buka, agak terperanjat mendengar asakan demi asakan ketukan di pintu biliknya.

“Izzrunnie... bangunlah... Tidur apa lagi? Dah subuh...” laung Zuraizee berkali-kali dengan nyaring sekali. Nasib baik jiran di sebelah bilik Zanzilawati Izzrunnie tidur mati, jika tidak... masak juga dia dihambur dengan makian kerana membuat bising pagi-pagi buta.

Hisy, Bapak Budak ni... suka tau kacau aku waktu subuh. Asyik-asyik memekak aje kerja dia. Apa dia dah tak ada kerja lain ke yang nak dibuat? Bising betul. Zanzilawati Izzrunnie merungut apabila tidurnya diganggu. Walaupun begitu, tubuhnya masih liat hendak bangun dari katil yang agak empuk itu. Dia membiarkan sahaja suara nyaring Zuraizee melalak di hadapan biliknya. Namun, makin lama dibiar, makin nyaring Zuraizee memekak, memaksa dirinya bangun daripada tidur. Dengan wajah yang tidak berbasuh, Zanzilawati Izzrunnie membuka kunci pintu bilik dengan agak kasar.

“Apa? Kalau tak kacau orang waktu subuh tak boleh ke? Bisinglah abang ni, memekak saja pagi-pagi buta,” rungut Zanzilawati Izzrunnie.

Zuraizee menyimpul senyuman ketika melihat Zanzilawati Izzrunnie bangun daripada tidur. Bagini rupa wajah adiknya ketika bangun di awal pagi. Serabut dan serabai. Wajah Zanzilawati Izzrunnie yang berserabai itu mengundang ketawa di permukaan bibir Zuraizee.

“Hoi, Bapak Budak, gelak-gelak apa? Dahlah kacau orang pagi-pagi buta.” Sekali lagi telinga Zuraizee disapa dengan suara tom-tom bak Zanzilawati Izzrunnie.

“Nak tidur apa lagi, dah subuh ni. Pergi solat. Sekejap lagi dah nak bertolak balik. Esok kita kerja tau. Cepat sampai rumah, cepatlah kita boleh rehat.” Barulah kedengaran suara Zuraizee sesudah ketawanya reda.

“Orang cutilah, tak boleh solat. Pukul 10.00 saja kita bertolak. Orang mengantuk lagi ni. Letih perjalanan semalam pun masih terasa.” Pantas Zanzilawati Izzrunnie menutup pintu biliknya kembali dan menyambung lena yang masih tidak mahu diusir keluar.

Tergamam Zuraizee dengan tindakan spontan Zanzilawati Izzrunnie.

“Oh-ho... kau degil ya? Siaplah kau aku kerjakan.” Zuraizee kembali ke biliknya semula dan mengambil sebuah kerusi yang terdapat di situ lalu dia duduk betul-betul di hadapan muka pintu bilik Zanzilawati Izzrunnie sambil mendendangkan beberapa lagu terkini namun penuh dengan kesumbangan suara. Lepas satu, satu lagu didendangkan oleh Zuraizee sehingga membingitkan telinga Zanzilawati Izzrunnie.

“Ya Allah... dia bernyanyi pulak kat depan muka pintu bilik aku. Kalau suara tu sedap tak apalah juga... ni sumbang mambang. Sakit telinga aku ni... Dia ni, kalau tak gesa aku memang tak sah. Dasar Bapak Budak! Huh! Benci!!!” Zanzilawati Izzrunnie tidak tahan lagi lalu bangun membersihkan dirinya serta mengemas barang-barang untuk bertolak pergi. Dia bermekap ala kadar sahaja. Lalu dengan wajah yang masam berdengung, Zanzilawati Izzrunnie membuka pintu biliknya.

“Ingat suara tu sedap sangat ke melalak kat depan muka pintu orang? Kalau masuk pertandingan uji bakat, sah-sah dah ditendang keluar di awal pusingan. Bising tau!” Zanzilawati Izzrunnie menghadiahkan suara emasnya kepada Zuraizee.

Dengar sahaja suara itu, Zuraizee pantas memandang ke arah Zanzilawati Izzrunnie yang sudah bersiap berserta beg pakaian di sebelahnya, juga karung strawberi. Tersenyum Zuraizee melihat Zanzilawati Izzrunnie dengan wajah kelat terpacak di hadapannya.

“Alah, kalau tak buat macam ni... adik takkan bangun punya. Kalau nak tidur, kat rumah pun boleh tidur. Tak payah datang melancong. Jom... Jom kita pergi bersarapan. Abang dah lapar ni.” Zuraizee pantas mengambil beg pakaian yang berada di sisi gadis itu.

Zanzilawati Izzrunnie mula mengajuk cakap Zuraizee.

“Ha... ajuk cakap orang, ajuk. Rendam dengan kelapa santan baru tau.” Zuraizee menjeling sekilas.

“Baguslah. Sejuk sikit mulut.”

“Ha... menjawab, menjawab.” Kekerasan suara Zuraizee membuatkan Zanzilawati Izzrunnie menzipkan mulutnya kembali walaupun hatinya masih membara.

Mereka cuma sarapan apa yang disediakan oleh pihak penginapan. Kemudian, Zuraizee mengajak Zanzilawati Izzrunnie mengelilingi taman di tempat penginapan mereka sambil mengambil gambar. Agak-agak dalam pukul 9.00 lebih, mereka bertolak ke ladang bunga yang terdapat di Cameron Highlands sebagai destinasi terakhir mereka sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Ketika tiba di ladang bunga, Zanzilawati Izzrunnie begitu gembira menikmati aroma kesegarannya sepuas hati. Hilang kemarahannya sebentar tadi.

“Hmm.... segarnya udara di sini. Ditambah lagi dengan aroma bauan bunga-bunga segar. Ini barulah dikatakan air freshner yang fresh. Syoknya... rasa macam tak mau balik. Abang... tunggu apa lagi, ambillah gambar. Adik nak posing puas-puas sebagai denda kejut adik awal-awal tadi.”

Tergelak Zuraizee melihat telatah Zanzilawati Izzrunnie yang sudah kembali gila-gila. Suka hatinya melihat telatah itu. “Ooo... ni nak mendera abanglah ni?”

“Lebih kurang macam itulah. Alah, dera sikit nak berkira. Belum suruh beli kondo lagi.”

“Oit! Melampaulah tu.”

Padan muka, kenakan orang lagi, getus hati kecil Zanzilawati Izzrunnie.
“Cepatlah... nak ambil gambar ke tidak ni? Bunga-bunga... lihatlah abangku yang kaki pendera tu. Penat aku posing dengan kau orang tapi dia tak hiraukan akulah...” Dalam sekelip mata sahaja Zanzilawati Izzrunnie bermelodrama.

“Sudah... dia buat melodrama lagi. Ha... cepat posing, nak ambik gambar ni.”

Zanzilawati Izzrunnie kembali menyengih lalu cepat sahaja dia posing maut sehabis mampu. Suka hatinya dapat melepaskan gian untuk bergambar dan Zuraizee pula menunjukkan bakat terpendamnya dengan mengambil gambar Zanzilawati Izzrunnie dalam pelbagai pos dan bentuk.

Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #3 on: August 28, 2008, 08:53:35 PM »

yg nie apsal novel tu title hati ini milik siapa Huh?

« Reply #4 on: August 28, 2008, 08:55:16 PM »

MAHAKARYA CINTA - KE MANA MENGHILANGNYA ZANZILAWATI IZZRUNNIE?Huh? confuse confuse

Pucat lesi wajah Zanzilawati Izzrunnie seketika, namun semangatnya kembali pulih apabila dia melihat Zuraizee sedang nyenyak tidur di kusyen keretanya. Dia menarik nafas lega. Tidak sampai seminit, mulutnya mengomel sakan dengan tindakan gila Zuraizee yang menanti dirinya di ambang pintu. Nasib baiklah dia sempat pulang awal, jika tidak pasti dia tidak dapat menyorokkan diri daripada Zuraizee lagi.

“Isy, cikadak tua ni sanggup tidur dalam kereta semata-mata nak tunggu aku. Padan muka, sampai ke sudah tak dapat jumpa aku. Itulah... siapa suruh sakitkan hati aku lagi? Menangkan lagi si Wizana tu, kan dah tempah bala daripada adik sendiri. Nasib kaulah, bang... Aku nak tengok, bagaimana mati kutunya kau cari aku. Tak ada siapa pun yang dapat cari aku. Muammar... ah, biar lambat sikit aku telefon dia. Saja nak test power sama ada dia sayangkan aku ke tidak. Hehehe... Nasib kau oranglah mengenali insan seperti aku. Muhaimin... hmm, tak sempat aku nak ucapkan terima kasih pada dia. Tak apalah, balik nanti aku ucapkan. Kena test power jugak ni, sama ada dia benar-benar inginkan aku ataupun tidak. Kalau dia benar-benar risaukan aku, mungkin peluang tu akan tiba untuknya. Semuanya akan kena tempias ujian Zanzilawati Izzrunnie. Keh, keh, keh.”

Zanzilawati Izzrunnie ketawa senang hati tanpa memikirkan apakah perasaan orang yang diujinya, terutama sekali Nurhumaira. Pasti gadis itu akan menjadi sedikit kelam-kabut apabila mendapati dirinya tiada di kamar sendiri. Baru sahaja Zanzilawati Izzrunnie hendak melangkah pergi, tiba-tiba sahaja sebuah teksi kosong lalu di hadapannya, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang lalu dengan pantas dia menahan teksi itu dan mengarahnya menuju terus ke lapangan terbang. Kereta Zuraizee yang masih tersadai dilihatnya buat kali terakhir dengan senyuman ranum yang menguntum di bibirnya.

ZURAIZEE yang baru bangun daripada tidur terus mendapatkan Nurhumaira ketika gadis itu sedang mengunci pintu pagar rumahnya untuk pergi kerja. Nasib baik Nurhumaira tidak terlanggar motosikalnya sendiri dek kerana terkejut ditegur oleh Zuraizee secara mendadak begitu.

“Maira, Izzrunie ada kat dalam ke? Aku tahu Izzrunnie dah balik kan, tapi kau sengaja merahsiakannya atas arahan Izzrunnie. Aku tahu Izzrunnie sengaja nak mendera perasaan aku dan memancing rasa bersalah aku kepadanya kerana aku dah mengabaikannya demi Wizana. Tolonglah, Maira, jangan mendera perasaan aku lagi. Aku akan jadi sasau kalau tak dengar khabar daripada Izzrunnie. Kekasih aku boleh cari lain tapi adik takkan mungkin aku dapat pengganti seperti dirinya. Tolonglah, Maira... berterus terang dengan aku.”

Zuraizee memegang kejap kedua-dua belah bahu Nurhumaira, membuatkan gadis itu sedikit terperanjat kerana Zuraizee tidak pernah lepas laku kepada dirinya. Apabila akal sudah mewarnai fikiran, pantas sahaja Nurhumaira meleraikan genggaman kejap Zuraizee di bahunya.

“Apa ni, Zuraizee? Kalau orang nampak malulah aku. Masa kau sakitkan hati dia, kau tak fikir tentang perasaan dia, sekarang baru nak menyesal? Sudah terlambat, Zuraizee. Perempuan kalau sakit hati akan berlanjutan tahu? Pandai-pandailah kau pujuk dia. Kalau ada kekasih pun, janganlah abaikan adik sendiri.” Nurhumaira terus menembak di arena peperangan kata tanpa Zuraizee bersedia dengan senjatanya terlebih dahulu.

“Kalau aku tak tahu di mana dia, bagaimana aku nak pujuk, Maira? Kau kena beritahu aku di mana dia, barulah senang aku lancar serangan pembujukan. Kau jangan nak sorok dialah, Maira. Atau berkomplot dengan dia untuk mengenakan aku. Tolonglah, Maira... aku rayu pada kau.” Zuraizee kini menuduh Nurhumaira menyembunyikan Zanzilawati Izzrunnie pula.

Mencerlang marah Nurhumaira dituduh sebegitu walaupun pertuduhan Zuraizee separuh betul dan separuh lagi tidak kerana dia benar-benar tidak tahu ke mana Zanzilawati Izzrunnie menghilangkan diri pada pagi itu. Sedikit pun dia tidak menyedari pemergian Zanzilawati Izzrunnie. Macam pencuri, sekejap sahaja sudah hilang.  

“Hei, kau jangan tuduh aku sembarangan tahu. Tak ada masanya aku nak berkomplot atau menyorok dia. Kalau kau merayu pada aku, keluar air mata darah sekalipun, jawapan aku tetap sama. Aku tak tahu di mana dia. Telefon dia tak aktif macam mana aku nak cari dia? Amboi... sesedap rasa saja kau menuduh aku ya? Kurang asam boi betul.” Nurhumaira meletakkan tangan di pinggang sambil menjegil mata kepada Zuraizee yang masih menayang wajah sedih atas kehilangan Zanzilawati Izzrunnie.

Wajah marah yang sedang ditayangkan oleh Nurhumaira menggeletek hati Zuraizee namun pada saat ini dia tidak mempunyai mood untuk mengundang ketawa itu. Fikirannya kini tertumpu kepada Zanzilawati Izzrunnie yang telah pun menghilangkan diri.

“Maaflah, Maira... aku bukan suka-suka nak tuduh kau tapi aku benar-benar buntu, tak tahu nak cari dia kat mana lagi. Maira...” Zuraizee ingin memegang bahu Nurhumaira sekali lagi tetapi pantas sahaja Nurhumaira memberi amaran kepadanya.

“Aih, aih, aih... Tangan tu jangan nak menggatal letak atas bahu aku. Aku bukannya adik kau, tahu? Jauh sekali kakak kau. Sudahlah... jangan buang masa aku. Aku betul-betul tak tahu di mana dia. Kalau kau tak percaya, kau boleh geledah rumah aku. Nak? Aku buka sekarang.” Nurhumaira berpura-pura hendak membuka mangga pintu pagar rumahnya tetapi ditegah oleh Zuraizee.

“Tak payahlah, Maira, kau nak menyindir aku. Aku percaya yang dia tak ada di dalam rumah dan kau tak sorok dia kat dalam tu.” Nada suara Zuraizee sudah pun mengendur sedikit daripada tadi.

“Ha... tahu pun kau. Kau ingat dia tu anak kucing yang boleh aku sorok-sorok? Itulah kau... lepas laku sesuka hati, lepas tu aku pulak yang jadi mangsa kau orang berdua. Dia tu sensitif sikit, Zuraizee. Hatinya mudah tercalar walaupun perkara tu kecik saja kau lakukan. Kau dah kenal dia berkurun-kurun, takkan kau tak faham lagi dengan perangai dia? Susahlah kau orang berdua ni. Kalau bergaduh macam anjing dan kucing tapi kalau dah rapat tu... macam belangkas. Orang pandang pun dah lain macam.” Nurhumaira terus merantaikan leher Zuraizee dengan kata-katanya yang agak-agak pedas.

Tersengih Zuraizee dengan bebelan yang dihamburkan oleh Nurhumaira.

“Aku sedar kesalahan aku. Tak apalah, Maira, kalau kau benar-benar tak tahu di mana dia berada. Aku balik dululah. Nanti lambat pulak aku nak ke pejabat. Semalaman aku tunggu dia dalam kereta tapi sampai ke hari ni kelibat dia aku tak nampak langsung. Buntu aku fikir kat mana dia sekarang.” Zuraizee kelihatan amat hampa dengan ketiadaan Zanzilawati Izzrunnie.

Terbuntang mata Nurhumaira ketika dia mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Zuraizee. “Apa? Kau tunggu dia semalaman dalam kereta? Maksud kau, semalaman kau jadi jaga kat rumah aku ni? Bertuah betul Zila dapat abang macam kau,” ujarnya tidak percaya.

“Dia memang bertuah dapat aku sebagai abangnya. Tapi kau lagi bertuah kalau dapat aku sebagai kekasih kau. Kenapa kau terkejut? Tak percaya aku dah jadi jaga tanpa gaji di rumah kau?” usik Zuraizee sekadar untuk menghiburkan hatinya sendiri.

Mencebik Nurhumaira dengan gurauan pagi Zuraizee. “Kalau aku jadi kekasih kau, habis si Wizana kau nak letak mana? Kau jangan berangan-angan tinggi nak jadi buaya darat ya. Kau tak layak pun kalau nak sandang gelaran buaya darat sedangkan Wizana pun kau dapat atas hasil usaha Zila sendiri. Tapi tengoklah, apa yang kau dan Wizana buat pada dia? Tak menghargai langsung segala usahanya. Cuba nasihat sikit kekasih kau tu agar jangan menyakitkan hati adik kau.”

Sungguh tajam kata-kata sindiran yang terpancut keluar dari mulut Nurhumaira. Zuraizee tidak senang mendengarnya.

“Eh, eh... Ni apa hal melarat sampai Wizana pulak ni? Kau tak ada di situ, jadi jangan tuduh kami sembarangan. Aku balik dululah. Kalau Izzrunnie telefon kau, kau jangan lupa pulak telefon aku untuk khabarkan berita daripadanya. Jangan buat aku risau. Hati aku dah tak keruan ni. Lama-lama boleh jadi sasau aku dengannya. Ya, Maira?” Sekali lagi Zuraizee ingin memegang bahu Nurhumaira dan dengan pantas mulut becok gadis itu melarang Zuraizee daripada meletak tangan ke atas bahunya.

“Ha... ha... mulut saja berjalan, tangan jangan nak merayap atas bahu aku. Aku bagi sebiji, lebam biji mata kau. Nak balik, baliklah. Dari tadi cakap nak balik tapi masih tak balik-balik. Daripada jaga dah nak jadi pak pacak pulak kat sini?”

Sekali lagi Zuraizee terkena tempias sindiran Nurhumaira. Tersengih-sengih dia ketika meninggalkan Nurhumaira.

Selepas pemergian Zuraizee, Nurhumaira menggosok-gosok dahinya memikirkan ke manakah Zanzilawati Izzrunnie menghilangkan diri.

“Zila... mana kau menghilang? Bukan saja abang kau jadi sasau, aku pun boleh jadi sasau.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885

A Smile Can Bring U Near 2 Me

WWW
« Reply #5 on: August 28, 2008, 08:58:05 PM »

yg nie apsal novel tu title hati ini milik siapa Huh?
MAHAKARYA CINTA - JOM BERCUTI ...

Zanzilawati Izzrunnie yang masih terbongkang melayani mata yang masih berat hendak buka, agak terperanjat mendengar asakan demi asakan ketukan di pintu biliknya.

“Izzrunnie... bangunlah... Tidur apa lagi? Dah subuh...” laung Zuraizee berkali-kali dengan nyaring sekali. Nasib baik jiran di sebelah bilik Zanzilawati Izzrunnie tidur mati, jika tidak... masak juga dia dihambur dengan makian kerana membuat bising pagi-pagi buta.

Hisy, Bapak Budak ni... suka tau kacau aku waktu subuh. Asyik-asyik memekak aje kerja dia. Apa dia dah tak ada kerja lain ke yang nak dibuat? Bising betul. Zanzilawati Izzrunnie merungut apabila tidurnya diganggu. Walaupun begitu, tubuhnya masih liat hendak bangun dari katil yang agak empuk itu. Dia membiarkan sahaja suara nyaring Zuraizee melalak di hadapan biliknya. Namun, makin lama dibiar, makin nyaring Zuraizee memekak, memaksa dirinya bangun daripada tidur. Dengan wajah yang tidak berbasuh, Zanzilawati Izzrunnie membuka kunci pintu bilik dengan agak kasar.

“Apa? Kalau tak kacau orang waktu subuh tak boleh ke? Bisinglah abang ni, memekak saja pagi-pagi buta,” rungut Zanzilawati Izzrunnie.

Zuraizee menyimpul senyuman ketika melihat Zanzilawati Izzrunnie bangun daripada tidur. Bagini rupa wajah adiknya ketika bangun di awal pagi. Serabut dan serabai. Wajah Zanzilawati Izzrunnie yang berserabai itu mengundang ketawa di permukaan bibir Zuraizee.

“Hoi, Bapak Budak, gelak-gelak apa? Dahlah kacau orang pagi-pagi buta.” Sekali lagi telinga Zuraizee disapa dengan suara tom-tom bak Zanzilawati Izzrunnie.

“Nak tidur apa lagi, dah subuh ni. Pergi solat. Sekejap lagi dah nak bertolak balik. Esok kita kerja tau. Cepat sampai rumah, cepatlah kita boleh rehat.” Barulah kedengaran suara Zuraizee sesudah ketawanya reda.

“Orang cutilah, tak boleh solat. Pukul 10.00 saja kita bertolak. Orang mengantuk lagi ni. Letih perjalanan semalam pun masih terasa.” Pantas Zanzilawati Izzrunnie menutup pintu biliknya kembali dan menyambung lena yang masih tidak mahu diusir keluar.

Tergamam Zuraizee dengan tindakan spontan Zanzilawati Izzrunnie.

“Oh-ho... kau degil ya? Siaplah kau aku kerjakan.” Zuraizee kembali ke biliknya semula dan mengambil sebuah kerusi yang terdapat di situ lalu dia duduk betul-betul di hadapan muka pintu bilik Zanzilawati Izzrunnie sambil mendendangkan beberapa lagu terkini namun penuh dengan kesumbangan suara. Lepas satu, satu lagu didendangkan oleh Zuraizee sehingga membingitkan telinga Zanzilawati Izzrunnie.

“Ya Allah... dia bernyanyi pulak kat depan muka pintu bilik aku. Kalau suara tu sedap tak apalah juga... ni sumbang mambang. Sakit telinga aku ni... Dia ni, kalau tak gesa aku memang tak sah. Dasar Bapak Budak! Huh! Benci!!!” Zanzilawati Izzrunnie tidak tahan lagi lalu bangun membersihkan dirinya serta mengemas barang-barang untuk bertolak pergi. Dia bermekap ala kadar sahaja. Lalu dengan wajah yang masam berdengung, Zanzilawati Izzrunnie membuka pintu biliknya.

“Ingat suara tu sedap sangat ke melalak kat depan muka pintu orang? Kalau masuk pertandingan uji bakat, sah-sah dah ditendang keluar di awal pusingan. Bising tau!” Zanzilawati Izzrunnie menghadiahkan suara emasnya kepada Zuraizee.

Dengar sahaja suara itu, Zuraizee pantas memandang ke arah Zanzilawati Izzrunnie yang sudah bersiap berserta beg pakaian di sebelahnya, juga karung strawberi. Tersenyum Zuraizee melihat Zanzilawati Izzrunnie dengan wajah kelat terpacak di hadapannya.

“Alah, kalau tak buat macam ni... adik takkan bangun punya. Kalau nak tidur, kat rumah pun boleh tidur. Tak payah datang melancong. Jom... Jom kita pergi bersarapan. Abang dah lapar ni.” Zuraizee pantas mengambil beg pakaian yang berada di sisi gadis itu.

Zanzilawati Izzrunnie mula mengajuk cakap Zuraizee.

“Ha... ajuk cakap orang, ajuk. Rendam dengan kelapa santan baru tau.” Zuraizee menjeling sekilas.

“Baguslah. Sejuk sikit mulut.”

“Ha... menjawab, menjawab.” Kekerasan suara Zuraizee membuatkan Zanzilawati Izzrunnie menzipkan mulutnya kembali walaupun hatinya masih membara.

Mereka cuma sarapan apa yang disediakan oleh pihak penginapan. Kemudian, Zuraizee mengajak Zanzilawati Izzrunnie mengelilingi taman di tempat penginapan mereka sambil mengambil gambar. Agak-agak dalam pukul 9.00 lebih, mereka bertolak ke ladang bunga yang terdapat di Cameron Highlands sebagai destinasi terakhir mereka sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Ketika tiba di ladang bunga, Zanzilawati Izzrunnie begitu gembira menikmati aroma kesegarannya sepuas hati. Hilang kemarahannya sebentar tadi.

“Hmm.... segarnya udara di sini. Ditambah lagi dengan aroma bauan bunga-bunga segar. Ini barulah dikatakan air freshner yang fresh. Syoknya... rasa macam tak mau balik. Abang... tunggu apa lagi, ambillah gambar. Adik nak posing puas-puas sebagai denda kejut adik awal-awal tadi.”

Tergelak Zuraizee melihat telatah Zanzilawati Izzrunnie yang sudah kembali gila-gila. Suka hatinya melihat telatah itu. “Ooo... ni nak mendera abanglah ni?”

“Lebih kurang macam itulah. Alah, dera sikit nak berkira. Belum suruh beli kondo lagi.”

“Oit! Melampaulah tu.”

Padan muka, kenakan orang lagi, getus hati kecil Zanzilawati Izzrunnie.
“Cepatlah... nak ambil gambar ke tidak ni? Bunga-bunga... lihatlah abangku yang kaki pendera tu. Penat aku posing dengan kau orang tapi dia tak hiraukan akulah...” Dalam sekelip mata sahaja Zanzilawati Izzrunnie bermelodrama.

“Sudah... dia buat melodrama lagi. Ha... cepat posing, nak ambik gambar ni.”

Zanzilawati Izzrunnie kembali menyengih lalu cepat sahaja dia posing maut sehabis mampu. Suka hatinya dapat melepaskan gian untuk bergambar dan Zuraizee pula menunjukkan bakat terpendamnya dengan mengambil gambar Zanzilawati Izzrunnie dalam pelbagai pos dan bentuk.

Ni Mahakarya cinta laa mana ada hati ini milik siapa? Hmmm .... HATI INI MILIK SIAPA? hehehe ... ntah laaa  angel
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #6 on: August 28, 2008, 09:00:10 PM »

tadi terkonfuse tgk kulit belakang
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #7 on: August 28, 2008, 09:02:41 PM »

k dah split
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885

A Smile Can Bring U Near 2 Me

WWW
« Reply #8 on: August 28, 2008, 09:07:56 PM »

haaa ... baru nampak okey ... hehehe .... preview pertama utk novel dewasa 2008

Confius ye caluk ... hehehe ... tu la abby heran ... yang abby post MC cemana plak caluk cakap HIMS.

TQ splitkan topik ni ...
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #9 on: August 28, 2008, 09:10:25 PM »

cuba refer attachment yg pertama tu, kalau click terus nampak HIMS he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #10 on: August 28, 2008, 09:11:00 PM »

abby nie dah jual ke belum kat kedai tayar err buku
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885

A Smile Can Bring U Near 2 Me

WWW
« Reply #11 on: August 28, 2008, 09:14:19 PM »

nak kena dah GB ni ... memang laa kalau click terus nampak novel pertama dengan FP - HIMS ...

belum lagi ... kan abby cakap masih di peringkat editing ... tapi caluk degil ... nak juga suruh abby buat promo dan preview ...
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #12 on: August 28, 2008, 09:15:37 PM »

tak leh ker he he , tu citer hollywood belum tayang dah penuh preview kat internet dgn poster sepah2 kat wayang
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885

A Smile Can Bring U Near 2 Me

WWW
« Reply #13 on: August 28, 2008, 09:19:40 PM »

hahaha ... tu filem .... tak pe laa abby ikut nasihat GB yang lebih arif dengan membuat promosi sebelum novel kuar
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806

WWW
« Reply #14 on: August 28, 2008, 09:29:42 PM »

try ajelah, mana tahu tektik nie boleh melariskan novel he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
Pages: [1] 2 3 ... 59   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
[Yesterday at 08:57:40 PM]

[Yesterday at 08:53:34 PM]

[Yesterday at 08:50:27 PM]

[Yesterday at 08:45:50 PM]

[Yesterday at 08:45:07 PM]

by soul
[Yesterday at 05:27:43 PM]

[Yesterday at 05:02:36 PM]

by soul
[Yesterday at 11:00:57 AM]

by soul
[Yesterday at 11:00:26 AM]

by soul
[Yesterday at 10:58:45 AM]

by soul
[Yesterday at 10:57:24 AM]

by soul
[Yesterday at 10:56:27 AM]

by soul
[Yesterday at 10:55:59 AM]

by soul
[Yesterday at 10:53:52 AM]

by soul
[Yesterday at 10:52:59 AM]

by soul
[Yesterday at 10:50:19 AM]

by dina
[Yesterday at 09:26:16 AM]

by dina
[Yesterday at 09:23:48 AM]

by dina
[Yesterday at 09:22:15 AM]

by soul
[March 10, 2010, 05:32:31 PM]

[March 10, 2010, 03:40:46 PM]

[March 10, 2010, 12:46:51 PM]

[March 10, 2010, 12:44:32 PM]

[March 10, 2010, 12:42:31 PM]

[March 10, 2010, 11:30:13 AM]

[March 10, 2010, 11:14:55 AM]

by soul
[March 10, 2010, 10:26:26 AM]