Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah
Pages: [1] 2 3 ... 11   Go Down
Print
Author Topic: Jangan Kau Tangisi- Preview  (Read 1472 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« on: February 18, 2009, 08:16:45 PM »

Alhamdulillah, setelah kita beranjak ke 2009, inilah novel terbaru Abby terbitan Buku Prima. Mudah-mudahan korang enjoy membacanya! Kalau ada kekurangan dalam Jangan Kau Tangisi, Abby mohon sejuta kemaafan.

Preview khas utk korang semua sbb abby memang sayang korang. hik hik hik.

JANGAN KAU TANGISI - EDISI: ZAHAMIZAL

Inikah cara untuk memikat aku? - Haifa Hezzy

“HAIFA HEZZY!!!” Sebaris nama dilaung kuat menyebabkan ketiga-tiga gadis itu berpandangan sesama sendiri. Kemudian pandangan mereka beralih pula kepada empunya diri yang melaung nama kepada empunya badan. Kelihatan Zahamizal berlari-lari mendapatkan mereka dengan sejambak bunga teddy bear yang diselang seli dengan bunga gardenia hidup yang berada di dalam tangannya. Haifa Hezzy yang melihat mendengus geram.

‘Hesy, dah gila ke mamat ni menjerit-jerit nama aku di tengah-tengah jalan? Ingat ini filem hindustan ke apa? Tak habis-habis dengan perangai sewelnya. Hari tu suit-suit dalam dewan kuliah, ni terjerit-jerit pula di tengah jalan. Zahamizal ni selalu memalukan aku.’ Haifa Hezzy menggerutu hebat di dalam hati. Pandangan Haifa Hezzy dialihkan pula kepada kedua orang sahabatnya yang kaku dengan sandiwara yang dimainkan oleh Zahamizal. Pandangan mereka juga bertaut dengan Haifa Hezzy ketika gadis itu mengadap mereka. Wajah Haifa Hezzy mencuka. Tiada lagi terpalit senyuman yang manis. Gerun juga mereka melihat wajah yang ditonjolkan ketika ini.

“Dia ingat ni drama hindustan ke terjerit-jerit nama aku di tengah jalan? Tangkap muat aje dengan idea yang terlintas difikirannya. Tahu tak idea dia tu boleh memalukan aku? Tengok, semua orang pandang pada kita. Satu lagi, tak habis-habis dengan bunga gardenia dia tu. Suka sangat!” Marah Haifa Hezzy dengan gelagat Zahamizal. Fezra dan Yuzawati menyedekahkan senyuman mereka yang tidak menjadi.

“Kau tak tahu ke apa maksud bunga gardenia tu? Kalau tak ada maksud yang tersendiri, dia tak akan beri bunga tu pada kau. Cara tu aje yang boleh dia beritahu kau apa yang tersirat di hatinya.” Jelas Yuzawati agak ragu-ragu. Haifa Hezzy kembali menghantar pandangan kepada Yuzawati.

“Mana kau tahu? Apa maksudnya? Apa makna yang tersirat disebalik pemberian bunga gardenia tu?” Soal Haifa Hezzy bertubi-tubi.

“Maksud bunga tu adalah unspoken love. Aku tahu maksud bunga tu kerana emak saudara aku ada butik bunga. Aku banyak belajar daripadanya tentang maksud disebalik bunga pemberian seseorang.” Yuzawati cuba bertentangan mata dengan Haifa Hezzy yang sudah pun terlopong mulutnya setelah mengetahui maksud disebalik bunga pemberian Zahamizal. Terkedu Haifa Hezzy seketika sebelum serangan kata dilancarkan semula.

“Ni idea kau ke Fezra?” Haifa Hezzy menyoal semula tidak puas hati.

“Hesy, aku tak pernah bagi sebarang idea. Yuza kot?” Fezra menjeling ke arah Yuzawati kerana kebanyakkan idea selalu datangnya daripada gadis itu. Yuzawati agak terbuntang matanya mendengar tuduhan Fezra.

“Taklah. Yang tu bukan idea aku. Aku tak pernah bagi idea gila macam tu. Ni idea dia sendiri. Tak kanlah aku nak bagi idea yang boleh memalukan kau, Effa. Jangan nak libatkan aku pula ye.” Yuzawati mempertahankan diri daripada pertuduhan Fezra.
« Last Edit: February 18, 2009, 08:22:13 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #1 on: February 18, 2009, 08:19:05 PM »

JANGAN KAU TANGISI - EDISI HUZAIFAH

Apakah Aku Yang Bersalah? - Huzaifah

“Abang!” Huzaifah segera memaling kepada yang memanggil dan dia agak terperanjat dengan kehadiran gadis itu. Dia menutup badannya yang tidak berbaju cuma bertuala sahaja. Maklumlah lelaki itu baru sahaja selesai mandi sebab itulah dia dalam keadaan yang tidak sepatutnya ditonton oleh Haifa Hezzy. Hati Haifa Hezzy sedikit tercuit dengan gelagat Huzaifah lalu menguntum senyuman di bibirnya. Matanya galak memandang Huzaifah yang kelihatan malu-malu. Hati Haifa Hezzy semakin digeletek lucu namun dicuba dengan sedaya upaya untuk menahan daripada terburai ketawanya.

“Effa?!! Macam mana boleh ada kat sini? Masuk dari mana?” Huzaifah kelihatan menggelabah ketika mula bersuara dengan tunangnya.

“Effa masuk dari pintu bang. Mak Aci Yang yang benarkan Effa jumpa abang di bilik. Maafkan Effa kerana datang secara mengejut. Tapi ada sesuatu yang perlu diselesaikan antara kita.” Haifa Hezzy bergurau spontan lalu mengulum senyuman lagi. Seketika kemudian, dia kembali serius semula. Huzaifah juga mengulum senyuman yang tidak menjadi menandakan dirinya sudah terkena dengan Haifa Hezzy.

“Nak bincang apa lagi Effa? Kita akan bernikah dalam beberapa hari lagi dan Effa tak sepatutnya datang ke bilik abang di waktu pernikahan kita yang semakin hampir ataupun Effa dah tak boleh tahan lagi?” Huzaifah bergurau nakal membuatkan Haifa Hezzy tidak gemar dengan gurauan seumpama itu, namun disabarkan hatinya dan kekal dalam situasi tenang.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #2 on: February 18, 2009, 08:21:23 PM »

JANGAN KAU TANGISI - EDISI FIZRAN

Salahkah aku menyebu namanya? - Fizran

“Okeylah, okeylah ... Sebab Haiza tau Kak Effa sanggup lalu di depan rumah zoo negara tu. Kalau tak kerana Haiza, jangan haraplah!” Persetujuan daripada Haifa Hezzy amat menggembirakan Yuliar, dia amat berharap akan bertembung dengan Fizran. Manakala Haifa Hezzy pula sebaliknya berdoa di dalam hati agar tidak bertembung dengan Fizran.

‘Ya Allah, ya tuhan ku ... Janganlah jumpa dengan si labu tu.’ Haifa Hezzy terus berdoa sambil berjalan. Ketika ketiga mereka melintasi sahaja di hadapan rumah bujang itu, pelbagai suara yang dapat di dengar dari dalam rumah. Pelbagai bunyi yang dibuat sehingga membingitkan telinga Haifa Hezzy.

“Tu lah kau Yul. Kak Effa dah cakap jangan lalu sini tapi kau degil nak lalu juga. Tengok tu, pelbagai peliharaan zoo negara dapat di dengar. Sakit tau telinga ni.” Haifa Hezzy mengomel tetapi Yuliar hanya memekakkan sahaja telinganya sambil mencuri pandang ke arah rumah bujang itu seraya menghadiahkan sekuntum senyuman. Fizran yang baru pulang dari kerja sedang berehat di ruang tamu, begitu teruja dengan suara-suara yang dikeluarkan oleh rakan-rakannya lalu terus menjengah wajahnya ke luar pintu pagar. Hatinya begitu gembira melihat Haifa Hezzy yang berada di situ bersama Yuliar lalu Haifa Hezzy segera ditegurnya akibat terlalu rindu dengan gadis yang sering mengelak diri daripadanya. Fizran sendiri tidak tahu bagaimana Haifa Hezzy dapat menyembunyikan diri daripadanya sejak peristiwa di stesyen bas tempohari.

“Hai Temah, jogging ke?” Fizran menyedekahkan sekuntum senyuman yang teramat manis. Kaki Haifa Hezzy terhenti secara automatik apabila terdengar nama itu dilaungkan oleh Fizran dan kini Haifa Hezzy memandang Yuliar dan Haizana Hanny yang sudah pun menghamburkan ketawa yang kuat. Haifa Hezzy mengecilkan matanya lalu pandangan dibuang kepada Fizran pula. Sakit hatinya bila dilaung dengan nama itu.

“Hoi labu, kalau kau buat-buat tak nampak aku tak bolehkah? Sakit hati aku setiap kali kau panggil dengan nama tu tau. Kau ni memang suka memalukan aku tidak kira di mana tempat saja kau berada. Lain kali jangan tegur aku. Jangan tegur aku langsung, faham? Telinga aku pun tak sakit bila dengar suara kau!” Marah Haifa Hezzy membuatkan Fizran tersentak untuk kesekian kalinya. Apa pula kesalahannya kali ini. Kenapa setiap kali dia memanggil nama gadis itu, pastinya gadis itu akan melenting. Fizran semakin pelik dengan sikap Haifa Hezzy dan kenapa Haifa Hezzy bersikap demikian masih tidak dapat ditelahnya dengan betul. Hala mata Haifa Hezzy ditujukan pula buat Yuliar dan Haizana Hanny yang masih belum reda ketawa mereka. Haifa Hezzy membuat muka.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #3 on: February 18, 2009, 08:24:45 PM »

JANGAN KAU TANGISI - EDISI UMRAN ZAHINI

Kenapa dugaan ini yang harus kita tempuhi? - Umran Zahini

“Yanz? You di sini?” Tanya Haifa Hezzy tidak percaya apabila dilihatnya Umran Zahini terpacak di hadapannya kini.

“Ya Hezzy. I’m here for you.” Balas Umran Zahini perlahan.

“Kenapa you ada di sini? You sepatutnya berada di rumah bersama tunang you bukannya di sini dengan I.” Lembut suara Haifa Hezzy ketika bertutur sehingga terasa bahang kedamaiannya.

“Hezzy, I perlukan penjelasan dan jawapan daripada you sebab tu I ada di sini.” Umran Zahini berterus-terang tanpa mahu berselindung lagi.

“Macam mana you tahu I ada kat sini? Sedangkan I tak beritahu siapa-siapa pun. Penjelasan dan jawapan apa yang you mahukan daripada I sebenarnya Yanz?” Tajam pandangan Haifa Hezzy menikam ke dalam mata Umran Zahini.

“Gerak hati I menyatakan you di sini dan sememangnya betul apa yang I rasa. You pernah cakap pada I, Hezzy yang you akan ke sini semula jika you mempunyai masalah atau ingin menenangkan fikiran. You dah lupa ke?” Jelas Umran Zahini dengan mengukir senyuman manja di bibirnya. Haifa Hezzy tergelak kecil.

“Ya. Memang salah I tak pandai berbohong. Jadi, you dapat cari I dengan mudah. Apa yang I rasa itulah yang cakap.” Balas Haifa Hezzy pula. Seketika kemudian mata Haifa Hezzy dan Umran Zahini bertaut semula menjadi satu pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Tiba-tiba Umran Zahini menggenggam lembut tangan Haifa Hezzy dan wanita itu membiarkan sahaja tangannya berada di dalam genggaman tangan pemuda itu. Mungkin dia juga merindui belaian mesra Umran Zahini seperti dahulu.

« Last Edit: February 18, 2009, 08:26:33 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #4 on: February 18, 2009, 08:27:45 PM »

JANGAN KAU TANGISI - Nama manjalah pulak ... macam2 you ni Yanz! - Haifa Hezzy

You tau tak Hezzy, budaya cinta di sini lain sikit caranya daripada biasa. It’s so romantic when we are in love.” Umran Zahini memancing reaksi Haifa Hezzy kerana ingin mengajaknya turut berada di alam percintaan suasana Filipina tanpa menjawab soalan gadis itu terlebih dahulu.

“Macam mana tu?” Pancingan Umran Zahini mengena kerana Haifa Hezzy agak berminat untuk mengetahuinya.

“Mereka yang bercinta di sini pasti ada nama manja untuk pasangan masing-masing. Seronok tau bila dengar mereka memanggil kekasih mereka dengan nama yang telah dipilih. Rasa bahagia sangat dan dunia ni seperti mereka yang punya.” Umran Zahini menerangkan secara mendalam dan Haifa Hezzy sudah faham dengan maksud yang hendak disampaikannya.

“Jadi, you pun nak kita ada nama manja masing-masinglah? Begitu?” Haifa Hezzy tidak jemu menatap wajah pujaan hatinya. Umran Zahini mengulum senyuman.

“Kalau boleh. Tapi you bolehkanlah juga ya.” Rayu Umran Zahini. Rayuannya yang sebeginilah membuatkan Haifa Hezzy tidak betah untuk menolak setiap permintaannya.

“Nama manja apa yang kita nak guna?” Haifa  Hezzy juga sudah mula terpikat dengan percintaan gaya Filipina. Apa salahnya mencuba sekadar untuk menghiburkan pasangan hati masing-masing. Bukannya melanggar peraturan dalam Islam pun. Kan ...

“I ada fikirkan satu nama. Apa kata you panggil I honey dan I panggil you sweetheart?” Cadang Umran Zahini tetapi tidak disetujui oleh Haifa Hezzy kerana panggilan untuk dirinya tidak berapa enak.

“Tak naklah panggil honey terus, I seganlah. Apa kata I panggil you Han untuk singkatan honey dan you panggil I Babe untuk singkatan baby. Sweetheart tak sedaplah.” Haifa Hezzy pula mencadangkan dan cadangan itu terus diterima oleh Umran Zahini kerana singkatan nama manja yang dipilih begitu ideal sekali.

“I setuju. Mulai dari sekarang, I panggil you Babe dan you panggil I Han.” Umran Zahini terseyum puas.

“Okey Han. Tapi you tak jawab lagi soalan I kenapa you datang sini? Sepatutnya you keluar dengan papa you kan?” Haifa Hezzy masih menagih jawapan yang masih belum dijawab oleh Umran Zahini kerana pemuda itu telah menukar topik perbualan mereka.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
cokek
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 10,630


rock bebeh....


« Reply #5 on: February 18, 2009, 10:26:35 PM »

ulasan dari cokek:

"...jalan cerita yang bagus.." - saya beri 5 bintang!! (dengan harapan dapat satu naskah percuma)
Logged

Lelaki yg berjaya adalah lelaki yg boleh mencari kekayaan lebih dari yg mampu dihabiskan oleh isterinya....
Wanita yg berjaya pula adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu....
jue
Mrs Caluk
Pegawai Pemantau
Budak Tadika
*******
Gender: Female
Posts: 6



« Reply #6 on: February 18, 2009, 10:28:00 PM »

novel baru ebriza yer
Logged

Mana Caluk !!!
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #7 on: February 18, 2009, 10:29:03 PM »

cokek,
Ada makna rupanya. ceh! kah kah kah.

Kak Jue,
Ye kak .. novel baru ebriza.

Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 37,160



WWW
« Reply #8 on: February 18, 2009, 10:29:54 PM »

bak satu kak abby hehehe
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #9 on: February 18, 2009, 10:30:58 PM »

dah habis. hehheeh ... sorry maaa
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 37,160



WWW
« Reply #10 on: February 18, 2009, 10:35:06 PM »

fuhyooo..dah habis..baru nk oder..
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,885


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #11 on: February 18, 2009, 10:35:31 PM »

order terus dari Buku Prima. hik hik hik
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
cokek
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 10,630


rock bebeh....


« Reply #12 on: February 18, 2009, 10:36:36 PM »

tukang bagi komen tadi takde naskah percuma ke
Logged

Lelaki yg berjaya adalah lelaki yg boleh mencari kekayaan lebih dari yg mampu dihabiskan oleh isterinya....
Wanita yg berjaya pula adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu....
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 27,806



WWW
« Reply #13 on: February 18, 2009, 10:37:20 PM »

psst partner mintak kat joe mesti ade tu
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 37,160



WWW
« Reply #14 on: February 18, 2009, 10:38:50 PM »

joe tlg promosi..
Logged
Pages: [1] 2 3 ... 11   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
[Yesterday at 08:57:40 PM]

[Yesterday at 08:53:34 PM]

[Yesterday at 08:50:27 PM]

[Yesterday at 08:45:50 PM]

[Yesterday at 08:45:07 PM]

by soul
[Yesterday at 05:27:43 PM]

[Yesterday at 05:02:36 PM]

by soul
[Yesterday at 11:00:57 AM]

by soul
[Yesterday at 11:00:26 AM]

by soul
[Yesterday at 10:58:45 AM]

by soul
[Yesterday at 10:57:24 AM]

by soul
[Yesterday at 10:56:27 AM]

by soul
[Yesterday at 10:55:59 AM]

by soul
[Yesterday at 10:53:52 AM]

by soul
[Yesterday at 10:52:59 AM]

by soul
[Yesterday at 10:50:19 AM]

by dina
[Yesterday at 09:26:16 AM]

by dina
[Yesterday at 09:23:48 AM]

by dina
[Yesterday at 09:22:15 AM]

by soul
[March 10, 2010, 05:32:31 PM]

[March 10, 2010, 03:40:46 PM]

[March 10, 2010, 12:46:51 PM]

[March 10, 2010, 12:44:32 PM]

[March 10, 2010, 12:42:31 PM]

[March 10, 2010, 11:30:13 AM]

[March 10, 2010, 11:14:55 AM]

by soul
[March 10, 2010, 10:26:26 AM]